Monday, October 11, 2010

kawan @friend@ teman@sahabat@ saing


Dalam dunia ini memang banyak dugaan yang perlu kita tempuhi sebagai contohnya dalam pergaulan dan dan perhubungan dalam antara kawan-kawan. Dan saya juga pasti anda semua juga mempunyai kawan, mustahil dalam dunia ini seseorang yang bernama manusia tidak mempuyai kawan.

saya juga pasti dan amat yakin, setiap orang juga mempunyai kawan dan teman untuk bersembang, bergurau senda, bergaduh ( main-main) jika kita tiada kawan kemana lah kita dan sudah pasti tiada arah yang kita nak tuju. kalau disebut perkataan "kawan" ini memang banyak maksud yang tersembuyi disebaliknya( ada kawan yang baik, kawan yang sopan, kawan yang mukanya garang, kawan yang makan kawan) memang kalau nak diterangkan naik patah jari nak menulisnya beribu-ribu maksud disebalik nama kawan atau nama yang sedap nya adalah SAHABAT.

kalau nak ikutkan pengalaman saya, banyak kawan yang saya dah pernah jumpa sebagai contohnya:
kawan yang baik
kawan yang lembut
kawan yang berbudi bahasa
kawan yang selalu ajak saya buat benda baik

TIDAK dilupakan juga kawan yang menghala ke arah kejahatan contohnya
kawan yang ajak pergi rempit
kawan yang ajak pergi kacau awek cun
kawan yang ajak wat benda tak senonoh
macam la kalau nak cerita malu la dibuatnya kan3

ehhhhh.... nak pergi mana tu ini baru pendahuluan la :
banyak lagi saya nak cerita lagi, ummmmmm K.A.W.A.N or F.R.I.E.N.D
dalam bahasa orang putihnya....

bagi saya lah kawan ini boleh dibaratkan sebagai "air sungai yang yang menentukan arah sehelai daun yang jatuh dalam sungai tersebut" aik..... mesti anda nak bertanya kenapa pulak saya nak bercakap begitu kan3.

ini lah sebabnya saya umpakan begitu adalah seperti yang kita tahu bahawa air sungai selalu nya boleh mengalirkan apa-apa barang sahaja mengikut arah laluannya. dan dalam konteks ini kita dimasa ertikan dengan Daun tadi dan air sungai adalah kawan kita. jika kawan kita hendak membawa kita ke arah yang baik atau jahat maka itulah yang akan terjadi dan kita akan dipengaruhi oleh kawan kita tadi.

bukannya maksud saya disini kawan ini sebagai pendorong kita untuk berubah tetapi secara tidak langsung, impak kawan kepada diri kita ini juga memainkan peranan ini. munkin apa yang saya tulis ini tidak sebagai puisi dari yang anda semua pernah baca. dan ini hanyalah bertujuan untuk mencerikan betapa pentingnya kawan kepada diri kita ini. bak kata Kawan saya
  • (kawan tak akan putus tapi pakwe atau makwe boleh putus )
  • (kalau tanya motor ko pancit tengah jalan malam-malam buta.... siapa nak tolong ? siapa lagi kawan ko la yang akan tolong)
mungkin adatidak setuju dengan apa yang saya tulis ini, dan mungkin juga ada yang setuju dan bagi kepada yang setuju, balik lepas ini renungkanlah siapa kawan anda yang banyak membantu anda dan jika anda ada kawan baik or best friend, alah keluarkan lah rm1 belanja dia minum teh ais ke lepas ini, memang lah ini tidak sebanyak nilainya dengan apabila kita belanja BF or GF kita sekurang-kurangnya ( kawan kita ini ) akan ingat bahawa kita ini sentiasa ingat dekat dia. dan sebelum saya tutup tulisan spontan saya yang pertama ini, sekali lagi saya ingin berpesan kepada anda semua ingat lah kawan yang baik dan kawan yang jahat sentiasa ada disekitar kita cuma bergantung kepada kita sendiri untuk memilih mana yang terbaik kepada kita , dan memanglah kawan kita ini kadang-kadang selalu sakitkan hati kita contohnya masa sesi tekan menekan @ saiko tapi kita kena ingat dan kenang pulak bila dia teman kita bila kita gaduh ngan awek or pakwe kita dan terpaksa jadi orang tengah bila anda semua berhaduh ngan si dia. serta kawan kita juga la yang bagi pinjam duit bila kita tengah "senkek" atau pun dalam bahasa biase kita pakai adalah pokai.

PS: bak kata mak "saya .........(pilih lah kawan baik-baik ye jangan salah pilih nanti merana nanti)
sekian dari saya Menerjah ke langit



No comments:

Post a Comment