Wednesday, March 23, 2011

Adakah A penentu segalanya ???


persoalan ...

bila result keluar je. tak kira UPSR, PMR, SPM or STPM

kbnyakkn oang sibuk bercakap pasal individu yang cermelang dengan A yang banyak….

tapi tahukah anda bagaimana nasib mereka yang tidak mendapat keputusan yg cermelang

Adakah “A” itu menentukan hidup yang sempurna or mengambarkan pelajar itu adalah pelajar

yang akan sempurna dari segala aspek dalam meneruskan kehidupan yang penuh ranjau berduri ini ......

Tujuan entri kali ini bukannya nak bercakap dan mengaibkan kepada sesiapa. Dan entri ini hanyalah sekadar melepaskan pertanyaan dan persoalan yang terdetik dalam buku minda ku. Kita lihat sebelum ini banyak memperlihatkan semua guru bercakap mengenai kecemelangan . saya sendiri (penulis) tidak terkecuali telah diberi tahu oleh guru-guru saya. Bahkan saya sendiri yang jika mempunyai rezeki akan menjadi guru kelak, juga pasti akan memberi tahu kepada murid-murid saya kelak, “ bahawa kecemelangan adalah penting”

Namun, kadang kala, terpikir juga apakah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai cemelang dari erti padangan perspektif pelajar . berbalik kepada persoalan asal tadi, bagaimanakah nasib kepada mereka lulus dengan serdahana, lulus sahaja ataupun gagal dalam peperiksaan.

Jika melihatkan kepada pengalaman saya, di kampong dan sekitar saya, kebanyakkan mereka yang lulus serdahana akan terus meneruskan usaha mereka untuk lebih maju dan lebih berusaha untuk mendapatkan kecemelangan dalam hidup ataupun dalam bidang pembelajaran mereka. Namun bagaimanakah pula nasib kepada meraka @ pelajar yang Gagal dalam peperiksaan awam contohnya SPM.

Bila bercakap mengenai SPM, “guru saya juga pernah mengatakan “

SPM adalah penentu kepada hala tuju kehidupan kita”

Hal ini jelas menunjukkan bahawa seolah-oleh spm merupakan penentu kepada kehidupan kita di masa akan datang.

Melihatkan kepada golongan pelajar yang gagal dalam peperiksaan tadi, adakah mereka boleh dikatakan sebagai individu yang gagal dalam kehidupan, dan adakah mereka dikatakan sebagai seoarang yang tewas dalam perjuangan serta adakah mereka boleh ditolak ke tepi dan terus diabaikan.

Mungkin apa yang saya katakan tadi agak keterlaluan dan terlalu ber emosi, namun begitulah dan beginilah lumrah dalam kehidupan. Mereka yang gagal, selalunya akan terus hanyut dan terus lena dibuai oleh mimpi dunia yang penuh dengan dugaan ini.

Contohnya disini, boleh kita lihat, semakin hari semakin banyak berlakunya gejala kurang sopan dan kurang sedap mata memandang seperti gejala sosial.” Mungkin ada dintara anda yang berkata

“ ada je orang yang gagal dalam peperiksaan Berjaya dalam hidup”

Memang benar perkara ini, saya juga akui kebenaran perkara ini, namun kalau kita lihat, hanya segelintir sahaja yang mampu terus bangkit selepas tewas dalam perjuangan, dan dalam kes ini perjuangan dalam medan peperiksaan.

Bagaimana pula nasib mereka yang terus kekal digelar sebagai si gagal @ si bermasalah…..

Adakah nasib mereka akan berakhir di tangan pihak polis,

Adakah mereka, akan menempa nama dalam senarai jabatan penjara Malaysia.

Dan jika ini terjadi, siapakah yang harus dipersalahkan, kerajaan?, kerluarga, rakan-rakan, saudara mara.

Jujurnya saya sendiri tidak tahu siapakah yang harus dipersalahkan, dan saya pasti mungkin ada diantara anda ada jawapannya.

Sekian….

Thursday, March 17, 2011

Benarkah ??? dia mulut longkang



Bukan nak menghina, menganjing or nak menyedihkan perasaan orang lain. Tapi nak dikatakan disini ini lah aku. Memang dah macam ini sejak dari dulu lagi. Mungkin korang tertanya-tanya kenapa pulak aku bercakap macam ini kali ini, sebenarnya pada kali ini, aku nak bercerita cikit mengenai komen segelintir yang mungkin mengangap aku ini, mulut longkang, mulut tak bertapis, kaki tekan dan banyak lagi laaaa.

Bagi kepada yang tak mengetahui ape ke benda yang cuba aku sampaikan disini, oleh itu aku cerita ckit mukadimah untuk korang. Cerita nya begini, dalam dua tiga minggu ini, banyak yang ati dah terluka akibat aku. Ops jangan silap andai pulak. Bukannye aku ini mamat yang kaki perempuan yang pasang sane sini. Al maklum la muka pun x berapa nak hensem. Hal yang sebenarnya aku telah dikejutkan kerana kata-kata @ percakapan aku telah disalah ertikan. Maksudnya disini . ade la hamba allah ini yang dah terasa hati kt aku DISEBABKAN AKU INI MAIN SOUND @ MAKI DIA, dan disebabkan itu hamba allah ini dah merajuk ataupun dalam bahasa pasarnya sentap la ngan aku.

Sebanarnya tak de pun terdekit pun kt dalam hati aku yang tulus suci ini nak mengutuk or nak menghina ataupun nak memalukan dia. Dan memang dah dilatih dalam kerluarga aku sendiri, mak aku cakap kene bercakap jujur dan jangan menipu oleh itu, disebabkan didikan dan memang perangai aku sendiri dari kecik lagi . AKU INI DAH DILAHIRKAN BAKAT SUKA BERCAKAP JUJUR dan kepada yang terasa dengan percakapan aku yang mungkin agak pedas dan mungkin juga akan memedihkan hati. Aku mewakili diri aku sendiri minta MAAF LA BEBANYAK YEK!!!!! Dan kalau korang x boleh nak maafkan nak wat cm ne dan jika korang lepas ini terasa gak ngan percakapan aku. Aku sekali lagi mewakili diri aku sendiri yang bernama ahmad bob (bukan nama sebenar) suka hati korang la . lantak korang la pgi mamp**** la korang la . Nak wat cm ne dah memang korang ini jenis manusia yang kuat terasa cm ne nak wat.kan3......

Dan sekali lagi disni ingin aku tergaskan aku memang aku. Dan inilah aku. Nak wat cm ne polis pun aku maki if dia kelam kabut sangat . dan disini aku nak cakap ckit lebih baik kita sound tetap daripada kita cakap belakang. Betul x. piker-pikir kan lah… salam dari aku …. Ahmad bob.

Hehehehehhe

PS: Salam maaf dipinta tanda penamat untuk entri yang agak kelam kabut dan agak cikit huru hara ini. Dan untuk pengetahuan korang aku ini sebenarnya baik cuma aku ini mulut cm haram laaaa bagi pendapat sesetengah orang..... opssss syok sendiri pulak... kikikikiki :D

Sunday, January 16, 2011

football, bola sepak, ........ is my life...



bola lah tempat aku berseronok, bola lah tempat aku banyak bercakap bersembang dan kenal-kenal dengan kawan. walaupun aku ini bukan seorang yang pandai bermain bola, aku memang suka menonton bola.

boleh diibaratkan sebagai pasangan a.k.a aweks aku la. entah kenape bila tengok bola semua masalah hilang, dan entah mengapa juga bila tengok bola jugak aku meradang. bak kata mak aku, kamu ini tak ada keje lain ke bola-bola sahaja, cuba la buat benda lain.

niat di hati teringin nak jadi pengkritik bola sepak, tapi nak buat macam mane dah tersesat masuk universiti terulung bahagian pendidikan a.k.a UPSI. maka tak dapat la nak jadi pengkirit bola.

bukan apa aku menulis hari ini, sebenarnya nak cerita sebab aku ini peminat bola dan penyokong pasukan bola yang bernama Liverpool ... hehehhehe... syok sendiri pulak.

lagi satu aku ini suke benar main games, terutamanya games bola, memang syok ooooooo
tapi kalau menang best la, kalau kalah abis perkataan @#$%&****^%e%$# KELUAR...
hehehehhe siapa yang biasa main pes tahu la...

rase aku cukup setakat ini...