Wednesday, March 23, 2011

Adakah A penentu segalanya ???


persoalan ...

bila result keluar je. tak kira UPSR, PMR, SPM or STPM

kbnyakkn oang sibuk bercakap pasal individu yang cermelang dengan A yang banyak….

tapi tahukah anda bagaimana nasib mereka yang tidak mendapat keputusan yg cermelang

Adakah “A” itu menentukan hidup yang sempurna or mengambarkan pelajar itu adalah pelajar

yang akan sempurna dari segala aspek dalam meneruskan kehidupan yang penuh ranjau berduri ini ......

Tujuan entri kali ini bukannya nak bercakap dan mengaibkan kepada sesiapa. Dan entri ini hanyalah sekadar melepaskan pertanyaan dan persoalan yang terdetik dalam buku minda ku. Kita lihat sebelum ini banyak memperlihatkan semua guru bercakap mengenai kecemelangan . saya sendiri (penulis) tidak terkecuali telah diberi tahu oleh guru-guru saya. Bahkan saya sendiri yang jika mempunyai rezeki akan menjadi guru kelak, juga pasti akan memberi tahu kepada murid-murid saya kelak, “ bahawa kecemelangan adalah penting”

Namun, kadang kala, terpikir juga apakah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai cemelang dari erti padangan perspektif pelajar . berbalik kepada persoalan asal tadi, bagaimanakah nasib kepada mereka lulus dengan serdahana, lulus sahaja ataupun gagal dalam peperiksaan.

Jika melihatkan kepada pengalaman saya, di kampong dan sekitar saya, kebanyakkan mereka yang lulus serdahana akan terus meneruskan usaha mereka untuk lebih maju dan lebih berusaha untuk mendapatkan kecemelangan dalam hidup ataupun dalam bidang pembelajaran mereka. Namun bagaimanakah pula nasib kepada meraka @ pelajar yang Gagal dalam peperiksaan awam contohnya SPM.

Bila bercakap mengenai SPM, “guru saya juga pernah mengatakan “

SPM adalah penentu kepada hala tuju kehidupan kita”

Hal ini jelas menunjukkan bahawa seolah-oleh spm merupakan penentu kepada kehidupan kita di masa akan datang.

Melihatkan kepada golongan pelajar yang gagal dalam peperiksaan tadi, adakah mereka boleh dikatakan sebagai individu yang gagal dalam kehidupan, dan adakah mereka dikatakan sebagai seoarang yang tewas dalam perjuangan serta adakah mereka boleh ditolak ke tepi dan terus diabaikan.

Mungkin apa yang saya katakan tadi agak keterlaluan dan terlalu ber emosi, namun begitulah dan beginilah lumrah dalam kehidupan. Mereka yang gagal, selalunya akan terus hanyut dan terus lena dibuai oleh mimpi dunia yang penuh dengan dugaan ini.

Contohnya disini, boleh kita lihat, semakin hari semakin banyak berlakunya gejala kurang sopan dan kurang sedap mata memandang seperti gejala sosial.” Mungkin ada dintara anda yang berkata

“ ada je orang yang gagal dalam peperiksaan Berjaya dalam hidup”

Memang benar perkara ini, saya juga akui kebenaran perkara ini, namun kalau kita lihat, hanya segelintir sahaja yang mampu terus bangkit selepas tewas dalam perjuangan, dan dalam kes ini perjuangan dalam medan peperiksaan.

Bagaimana pula nasib mereka yang terus kekal digelar sebagai si gagal @ si bermasalah…..

Adakah nasib mereka akan berakhir di tangan pihak polis,

Adakah mereka, akan menempa nama dalam senarai jabatan penjara Malaysia.

Dan jika ini terjadi, siapakah yang harus dipersalahkan, kerajaan?, kerluarga, rakan-rakan, saudara mara.

Jujurnya saya sendiri tidak tahu siapakah yang harus dipersalahkan, dan saya pasti mungkin ada diantara anda ada jawapannya.

Sekian….

Thursday, March 17, 2011

Benarkah ??? dia mulut longkang



Bukan nak menghina, menganjing or nak menyedihkan perasaan orang lain. Tapi nak dikatakan disini ini lah aku. Memang dah macam ini sejak dari dulu lagi. Mungkin korang tertanya-tanya kenapa pulak aku bercakap macam ini kali ini, sebenarnya pada kali ini, aku nak bercerita cikit mengenai komen segelintir yang mungkin mengangap aku ini, mulut longkang, mulut tak bertapis, kaki tekan dan banyak lagi laaaa.

Bagi kepada yang tak mengetahui ape ke benda yang cuba aku sampaikan disini, oleh itu aku cerita ckit mukadimah untuk korang. Cerita nya begini, dalam dua tiga minggu ini, banyak yang ati dah terluka akibat aku. Ops jangan silap andai pulak. Bukannye aku ini mamat yang kaki perempuan yang pasang sane sini. Al maklum la muka pun x berapa nak hensem. Hal yang sebenarnya aku telah dikejutkan kerana kata-kata @ percakapan aku telah disalah ertikan. Maksudnya disini . ade la hamba allah ini yang dah terasa hati kt aku DISEBABKAN AKU INI MAIN SOUND @ MAKI DIA, dan disebabkan itu hamba allah ini dah merajuk ataupun dalam bahasa pasarnya sentap la ngan aku.

Sebanarnya tak de pun terdekit pun kt dalam hati aku yang tulus suci ini nak mengutuk or nak menghina ataupun nak memalukan dia. Dan memang dah dilatih dalam kerluarga aku sendiri, mak aku cakap kene bercakap jujur dan jangan menipu oleh itu, disebabkan didikan dan memang perangai aku sendiri dari kecik lagi . AKU INI DAH DILAHIRKAN BAKAT SUKA BERCAKAP JUJUR dan kepada yang terasa dengan percakapan aku yang mungkin agak pedas dan mungkin juga akan memedihkan hati. Aku mewakili diri aku sendiri minta MAAF LA BEBANYAK YEK!!!!! Dan kalau korang x boleh nak maafkan nak wat cm ne dan jika korang lepas ini terasa gak ngan percakapan aku. Aku sekali lagi mewakili diri aku sendiri yang bernama ahmad bob (bukan nama sebenar) suka hati korang la . lantak korang la pgi mamp**** la korang la . Nak wat cm ne dah memang korang ini jenis manusia yang kuat terasa cm ne nak wat.kan3......

Dan sekali lagi disni ingin aku tergaskan aku memang aku. Dan inilah aku. Nak wat cm ne polis pun aku maki if dia kelam kabut sangat . dan disini aku nak cakap ckit lebih baik kita sound tetap daripada kita cakap belakang. Betul x. piker-pikir kan lah… salam dari aku …. Ahmad bob.

Hehehehehhe

PS: Salam maaf dipinta tanda penamat untuk entri yang agak kelam kabut dan agak cikit huru hara ini. Dan untuk pengetahuan korang aku ini sebenarnya baik cuma aku ini mulut cm haram laaaa bagi pendapat sesetengah orang..... opssss syok sendiri pulak... kikikikiki :D

Sunday, January 16, 2011

football, bola sepak, ........ is my life...



bola lah tempat aku berseronok, bola lah tempat aku banyak bercakap bersembang dan kenal-kenal dengan kawan. walaupun aku ini bukan seorang yang pandai bermain bola, aku memang suka menonton bola.

boleh diibaratkan sebagai pasangan a.k.a aweks aku la. entah kenape bila tengok bola semua masalah hilang, dan entah mengapa juga bila tengok bola jugak aku meradang. bak kata mak aku, kamu ini tak ada keje lain ke bola-bola sahaja, cuba la buat benda lain.

niat di hati teringin nak jadi pengkritik bola sepak, tapi nak buat macam mane dah tersesat masuk universiti terulung bahagian pendidikan a.k.a UPSI. maka tak dapat la nak jadi pengkirit bola.

bukan apa aku menulis hari ini, sebenarnya nak cerita sebab aku ini peminat bola dan penyokong pasukan bola yang bernama Liverpool ... hehehhehe... syok sendiri pulak.

lagi satu aku ini suke benar main games, terutamanya games bola, memang syok ooooooo
tapi kalau menang best la, kalau kalah abis perkataan @#$%&****^%e%$# KELUAR...
hehehehhe siapa yang biasa main pes tahu la...

rase aku cukup setakat ini...

Wednesday, October 13, 2010

Islam dan masyarakt dunia


Sebelum saya menulis lebih lanjut mengenai entri hari ini, ingin saya jelaskan apa yang hendak saya sampaikan pada hari ini adalah bukan berunsurkan perkauman atau berunsurkan konsep keagamaan sangat, tetapi cuma ingin sekadar melemparkan pendapat, dan saya sedar saya ini adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Kesedaran untuk menulis mengenai hal ini adalah hasil dari inpirasi dari movie My name is Khan lakonan terbaik dan berkesan dari Shah rukh Khan dan Kajol. Kepada sesiapa belum menonton filem ini ada dinasihatkan agar tengok movie ini, kerana dalam filem ini terdapat banyak nasihat dan pesanan disebalik filem hindi yang selalunya meceritakan watak dan adegan yang jambu dan cintan cinton.

Secara keseluruhannya, filem ini menceritakan tentang Islam itu bukan lah agama yang ganas dan agama yang selalu mendatangkan kekasaran seperti yang selalu dicerita pada media masa barat kini. isalam itu sebanarnya indah dan agama yang suci lagi murni. saya berkata begini bukan lah bermakna saya ini seorang yang alim dan tidak pernah melakukan kesilapan. saya juga manusia seperti anda semua, yang pernah melakukan dosa dan saya juga manusia yang selalu lupa.

Dalam movie ini juga menunjukan sebenarnya islam agama yang sukakan kepada kedaimaian dan kesejahteraan dan alangkah baiknya jika apa yang cuba disampaikan dalam movie ini dapat dilakukan dalam dunia hakiki pada masa kini. jika kita lihat kebanyakan filem yang datang dari barat selalu menghubungkan dan mengkaitkan agama islam dengan pengganas dan kekejaman. tidakkah? ini akan merosakkan minda anak-anak kecil yang menonton filem tersebut, dan ini sekaligus menanamkan perasaan bahawa islam itu ganas. memanglah lah apa yang saya katakan ini tidak mempunyai bukti yang kukuh dan terpeinci. apa yang saya cuba katakan disini hanyalah idea seorang individu yang serba kekurangan. akhir kata dari saya peace not war (=+=)

Tuesday, October 12, 2010

manusia dipegang pada janji


bila disebut mengenai perkataan ini janji. kebanyakan antara kita dan termasuk saya sendiri pernah berjanji, "betul tak?" tujuan saya menulis berkenaan janji ini adalah kerana pada hari ini saya telah secara tidak sengaja telah tidak menepati janji yang telah lupa menunaikan janji kepada seseorang. perkara ini berlaku secara tidak sengaja dan saya benar-benar tidak berniat untuk melupakan janji yang telah dibuat tersebut. maaflah pada individu yang berkenaan sesungguhnya diriku ini tidak berniat untuk melupakan janji itu." ALAMAK ayat jambu la pulak"

selalunya kita akan berjanji kepada kawan-kawan kita, kepada pasangan kita, kepada mak dan ayah kita " betul tak". persoalannya disini adalah kita menunaikan janji yang yang kita buat tersebut. saya pasti kita sebagai manusia biasa kadang-kadang akan terlupa untuk menunaikan janji tersebut.

kalau nak muasabahkan diri ini saya rasa saya adalah manusia yang selalu tidak menepati janji: sebagai contoh pada hari ini saja dua orang saya dah mungkir janjinya

1. dimana saya berjanji nak pegi tengok bola ngan kawan saya dan, pada saat akhir saya batalkan janji itu. keputusan ini dibuat bukan sengaja kerana atas masalah dan tidak dapat dielakkan saya tidak dapat menunaikan janji tersebut.

2. janji untuk pergi tengok live band ngan kawan saya juga, dan disebabkan kepala ku yang tersangat la pening, saya tertidor lalu terlena dialam mimpi. hahahahhahaha....
bila je saya bangun! tengok kt fon ade dua miss coll and 1 sms. rase bersalah memang ada tapi apakan daya saya manusia biasa yang banyak kelemahan.

sudah pasti anda yang lain juga pernah mengalami peristiwa seperti ini juga kan...
al maklum la.... dalam kehidupan sebagai manusia di dunia ini (khalifah Allah) kita tidak akan telepas untuk melalkukan janji. ini juga pernah diperkataan oleh tokoh islam dahulu, dalam banyak-banyak perkara yang paling mudah didunia ini perkara yang paling mudah dilupakan atau dilepaskan adalah JANJI. lihat lah betapa mudahnya kita sebagai manusia mudah sangat untuk melupakan janji. bak kata mak saya pula " jangan pandai janji je, nak tunaikan janji pun kene pandai jugak".

memang betul lah, memang senang nak berjanji tapi nak tunaikan janji pun payah juga.
itu baru cakap pasal janji dengan kawan-kawan atau sesama manusia. belum lagi bercakap tentang janji dengan Tuhan. oleh itu pikir-pikirkan lah dan renungkan lah.

akhir kata lepas ini harap kita akan sentiasa akan menunaikan janji kita.

Monday, October 11, 2010

kawan @friend@ teman@sahabat@ saing


Dalam dunia ini memang banyak dugaan yang perlu kita tempuhi sebagai contohnya dalam pergaulan dan dan perhubungan dalam antara kawan-kawan. Dan saya juga pasti anda semua juga mempunyai kawan, mustahil dalam dunia ini seseorang yang bernama manusia tidak mempuyai kawan.

saya juga pasti dan amat yakin, setiap orang juga mempunyai kawan dan teman untuk bersembang, bergurau senda, bergaduh ( main-main) jika kita tiada kawan kemana lah kita dan sudah pasti tiada arah yang kita nak tuju. kalau disebut perkataan "kawan" ini memang banyak maksud yang tersembuyi disebaliknya( ada kawan yang baik, kawan yang sopan, kawan yang mukanya garang, kawan yang makan kawan) memang kalau nak diterangkan naik patah jari nak menulisnya beribu-ribu maksud disebalik nama kawan atau nama yang sedap nya adalah SAHABAT.

kalau nak ikutkan pengalaman saya, banyak kawan yang saya dah pernah jumpa sebagai contohnya:
kawan yang baik
kawan yang lembut
kawan yang berbudi bahasa
kawan yang selalu ajak saya buat benda baik

TIDAK dilupakan juga kawan yang menghala ke arah kejahatan contohnya
kawan yang ajak pergi rempit
kawan yang ajak pergi kacau awek cun
kawan yang ajak wat benda tak senonoh
macam la kalau nak cerita malu la dibuatnya kan3

ehhhhh.... nak pergi mana tu ini baru pendahuluan la :
banyak lagi saya nak cerita lagi, ummmmmm K.A.W.A.N or F.R.I.E.N.D
dalam bahasa orang putihnya....

bagi saya lah kawan ini boleh dibaratkan sebagai "air sungai yang yang menentukan arah sehelai daun yang jatuh dalam sungai tersebut" aik..... mesti anda nak bertanya kenapa pulak saya nak bercakap begitu kan3.

ini lah sebabnya saya umpakan begitu adalah seperti yang kita tahu bahawa air sungai selalu nya boleh mengalirkan apa-apa barang sahaja mengikut arah laluannya. dan dalam konteks ini kita dimasa ertikan dengan Daun tadi dan air sungai adalah kawan kita. jika kawan kita hendak membawa kita ke arah yang baik atau jahat maka itulah yang akan terjadi dan kita akan dipengaruhi oleh kawan kita tadi.

bukannya maksud saya disini kawan ini sebagai pendorong kita untuk berubah tetapi secara tidak langsung, impak kawan kepada diri kita ini juga memainkan peranan ini. munkin apa yang saya tulis ini tidak sebagai puisi dari yang anda semua pernah baca. dan ini hanyalah bertujuan untuk mencerikan betapa pentingnya kawan kepada diri kita ini. bak kata Kawan saya
  • (kawan tak akan putus tapi pakwe atau makwe boleh putus )
  • (kalau tanya motor ko pancit tengah jalan malam-malam buta.... siapa nak tolong ? siapa lagi kawan ko la yang akan tolong)
mungkin adatidak setuju dengan apa yang saya tulis ini, dan mungkin juga ada yang setuju dan bagi kepada yang setuju, balik lepas ini renungkanlah siapa kawan anda yang banyak membantu anda dan jika anda ada kawan baik or best friend, alah keluarkan lah rm1 belanja dia minum teh ais ke lepas ini, memang lah ini tidak sebanyak nilainya dengan apabila kita belanja BF or GF kita sekurang-kurangnya ( kawan kita ini ) akan ingat bahawa kita ini sentiasa ingat dekat dia. dan sebelum saya tutup tulisan spontan saya yang pertama ini, sekali lagi saya ingin berpesan kepada anda semua ingat lah kawan yang baik dan kawan yang jahat sentiasa ada disekitar kita cuma bergantung kepada kita sendiri untuk memilih mana yang terbaik kepada kita , dan memanglah kawan kita ini kadang-kadang selalu sakitkan hati kita contohnya masa sesi tekan menekan @ saiko tapi kita kena ingat dan kenang pulak bila dia teman kita bila kita gaduh ngan awek or pakwe kita dan terpaksa jadi orang tengah bila anda semua berhaduh ngan si dia. serta kawan kita juga la yang bagi pinjam duit bila kita tengah "senkek" atau pun dalam bahasa biase kita pakai adalah pokai.

PS: bak kata mak "saya .........(pilih lah kawan baik-baik ye jangan salah pilih nanti merana nanti)
sekian dari saya Menerjah ke langit



pesan mak pada ku

***** AKU *******

Dulu mak selalu pesan
hidup ini macam garisan
sejak mak lahirkan aku
garisan ini pun bermula

aku mula merangkak
MAK selalu ajar ku berjalan
badan aku kecil lagi
pada masa itu

MAK selalu pesan
bila aku sudah pandai berjalan
garisan aku semakin jauh
kaki aku pendek lagi
dunia aku luas sangat

aku rindu dunia masa aku kecil
aku nak jadi kecil selamanya
sebab mak selalu sayang aku
TAPI.......

MAK pesan, lagi jauh aku melangkah
garisan aku makin panjang
sampai suatu hari nanti garisan aku
akan sama panjang dengan garisan mak

garisan aku makin bebas
maka semua nya makin berubah
dan terpulang lah kepada aku
untuk menentukannya

hujan turun
guruh sabung- menyabung
aku akan alami semua itu

MAK pesan
suatu hari nanti
aku akan dewasa
tinggi macam ayah
besar macam mak

MAK pesan
pada masa akan datang
aku akan bertemu garisan orang lain
garisan budak perempuan
garisan kami akn bercantum
aku akan hidup dengan dia sampai mati

MAK pesan
aku mesti pandai lihat garisan budak perempuan itu
supaya hidup kami nanti
bahagia selamanya....

mak pesan
apabila sudah jauh aku berjalan
aku akn jumpa ramai kawan
( siput yang bersih, batu karang yang cantik )
macam-macam aku jumpa.....

MAK pesan
aku kene hati-hati
kulit siput TAJAM
batu karang kadang- kadang pun TAJAM
kadang-kadang bila aku buat garisan itu.....
kawan-kawan akan buat aku luka
MAK pesan
aku kene pandai pilih kawan

aku harus teruskan hidup
aku harus terus melangkah
hidup misti dteruskan
aku misti terus buat garisan dalam hidup

MAK pesan
ade orang buat garisan yang pendek
ade orang buat jarisan panjang
ade orang buat garisan yang bengkang- bengkok
SEMUA ORANG ORANG DI DUNIA INI
TAK BOLEH BUAT GARISAN YANG LURUS
KITA ADALAH MANUSIA YANG SELALU LEKA DAN TERLUPA.....

MAK pesan
suatu hari nanti aku akan jatuh juga
mak pesan itu adalah DugaanNYA
mak pasan, aku harus tabah mengahdapinya
tuhan nak uji aku

MAK pesan
aku kene cepat bangun
bersihkan diri
dari segala dosa-dosa lalu

MAK pesan
tiba masanya
garisan aku akn mati juga
ada batu besar akan menghalang batu aku

MAK pesan,
batu itu itu ade hantu
ade malaikat maut
dia akan tarik aku menghadap tuhan
MAK pesan aku kene naik atas batu itu
jumpa tuhan di langit
semua orang akan naik juga
tapi masa dan ketika yang tidak ketahui

MAK pesan
kau harus bersedia
sebabnya..........
tuhan nak nilai garisan hidup kita semua
bila tiba waktu itu
mak pesan, aku harus redho dengan apa yang berlaku

dan pesanAn terakhir dari IBU mu.....
SEMOGA KAMU LULUS DALAM UJIAN ITU
DAN MAK SENTIASA AKAN BERDOA UNTUK MU ANAK KU